Sunday, March 9, 2008

PRU 12


Hai...Apa khabar? Mungkin ramai yang terkejut dengan keputusan Pilihan Raya Umum ke 12 (PRU 12) yang berlangsung pada 8 Mac 2008. Yang pasti..ada yang bersorak gembira dengan keputusan yang dicapai, dan ada juga yang sedih, pening kepala, tension dan tidak puas hati dengan keputusan yang diumumkan.... Apa2pun, sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen, kita seharusnya berani untuk menerima apa juga keputusan yang telahpun disahkan secara rasmi oleh Suruhanjaya Piliha Raya Malaysia (SPR).

Sebut sahaja pasal SPR, sebelum PRU 12 banyak pihak yang meragui ketelusan badan yang dinyatakan oleh kerajaan sebagai bebas itu. Mungkin kerana banyak keputusan-keputusan yang dibuat oleh SPR sebelum ini, selalunya memihak atau memberi sedikit kelebihan kepada kerajaan.

Namun kini selepas Kelantan berjaya dipertahankan (malah majoriti semuanya meningkat tu...)dan 4 negeri juga berjaya dirampas oleh pembangkang buat pertama kali semenjak Pilihan Raya pertama pada tahun 1955...apakah isu ketelusan SPR masih terus berbunyi dikalangan pembangkang? (saya pun tak tahu).

Apa-apa pun, keputusan PRU 12 mampu memberi gambaran yang sangat jelas bahawa masyarakat Malaysia kini semakin bijak dalam memilih dan menilai wakil yang mereka inginkan. Mungkin ada benarnya komen beberapa pemimpin BN, bahawa sentimen emosi memancing ramai pengundi sehinggakan memilih pembangkang. Akan tetapi..kelemahan jentera kerajaan yang mengecewakanlah sebenarnya membuatkan para pengundi itu beremosi!!

Untuk yang pertama ini, saya sangat2 mengharapkan mereka yang berjaya memerintah, akan dapat melaksanakan tanggungjawab dan amanah itu dengan penuh rasa hormat dan kejujuran. Pastikan jentera kerajaan (samada negeri atau persekutuan) berjalan dengan bersih,adil dan saksama. Insyaallah saya akan memberi komen yang seterusnya dalam ruang yang minimum ini berkaitan perjalanan politik samada dalam atau luar negara.

Bagi anda yang meminati dunia politik, saya alu-alukan komen anda untuk perkongsian kita bersama..

1 comment:

sofia said...

Assalamualaikum,
Tahniah dgn kupasan yang cukup bernas. Itu jugalah harapan semua rakyat Malaysia yang telah mengundi baru2 ini. Mereka bukan mengundi pembangkang kerana suka-suka. Mereka impikan perubahan yang positif, ingin melihat masa depan Malaysia yang lebih cemerlang. Mereka mahukan kerajaan yang TELUS! Apa yang pasti, sebahagian dari mereka ingin merasakan kedamaian hidup di bawah pemerintahan yang adil dan mesra rakyat sebagaimana yang telah dinikmati rakyat Kelantan sejak 18 thn yg lalu. Walaupun dgn memerintah negeri, BA tdk akan mampu menurunkan harga minyak dan harga barang(rakyat faham...dan rakyat bukan bodoh), harapan rakyat yang berada di bwh pemerintahan BA agar BA dpt melaksanakan apa yg termampu within the state government's jurisdiction spt menurunkan cukai pintu, cukai tanah dan ntah apa2 cukai lagi yg sblm ini memang "mencengkik"!

Kpd En Hammami,
apalah salahnya jika blog anda dimulai dgn Salam. Lbh manis rasanya dari 'Hai'....jgn marah!